Madrasah Tahfiz Jamiul Ulum mensasarkan program tahfiz kepada semua pelajar yang layak menghafaz. Mereka diberi pendedahan dengan ilmu tajwid dan membetulkan bacaan didalam Kelas Nazirah sekurang-kurangnya 5 bulan sebelum layak menghafaz. Pelbagai kriteria menjadi ukuran sebelum pelajar memasuki kelas tahfiz.

 

Madrasah Tahfiz Jamiul Ulum meletakkan tempoh tiga tahun bagi setiap pelajar mulai dari hari pertama masuk ke Kelas Tahfiz untuk menghafaz 30 Juzuk Al-Quran dengan sasaran setahun 10 Juzuk.

 

Madrasah Tahfiz Jamiul Ulum sedang berusaha mencapai visi & misi untuk melahirkan huffaz yang alim. Kami sangat komited untuk meneruskan kesinambungan orang-orang yang telah berjasa membangunkannya kearah membina sebuah madrasah masyarakat iaitu tempat belajar untuk semua peringkat umur. Semoga lebih ramai umat islam tampil untuk bersama-sama kami merealisasikannya.